Follow Nora Yahya

Create your own banner at mybannermaker.com!

Friday 8 June 2012

Halimunan


Hanya Allah S.W.T je yang tahu betapa panas nya hati ini masa tu. Nora rasa hari tu, manusia2 yg ada kat situ semua x nampak Nora kot.
SAYA HALIMUNAN agaknnya!!!! Sedihnya time tu. Nora marah sampai menggigil badan ni sbb nak lepaskan marah tu, Nora x boleh. Klu la Nora ni jenis mulut pakai lepas je, confirm semua orang kat situ kene maki. hahaha....

Kejadian 1:Before beli food, pegi la cari sabun baju baby. Then nak bayar la kat kaunter. Nora terusla letak barang2 tu kat atas meja kaunter tu. Tiba2 datang 1 pakcik & anak dia terus lalu depan Nora dan terus letak barang2 diorang kat kaunter tu. Masa tu hati mmg panas la kan. Tp Nora ckp dlm hati, x pela.. malas nak gaduh ngan orang tua yg poyo nak mampus. dah la barang dia banyak. Pastu datang 1 lagi mamat buat bende yg same. huh!! terus Nora ckp, "EXCUSE ME!". Tp xde orang pun pandang (mamat tu x pandang, cashiertu pun x pandang). Menyirap betul darah. Still keep in my mind, SABAR NORA SABAR.

Pas mamat tu blah, datang lagi 1 mamat ni nak bayar barang die. Amboooiiii. Diorang mmg betul2 x nampak Nora ke ape??? haihh.. Terus Nora ketuk meja kaunter tu, dalam keadaan yg terlalu marah smpai menggigil la, Nora ckp kat cashier yg bodoh sengal tu, "AKAK NI X NAMPAK SAYA KE KAT DEPAN NI DAH LAMA?". Die terus tengok Nora & senyum je.. mybe diorang ni ingat dunia ni bapak diorang punya. Masing2 xde rasa hormat pada orang lain. Nora terus blah dengan muka yg membenci kan. *awak tu cashier, bile time keje tu jangan la potpet potpet ngan kawan kamu yg tengah rehat curi tulang. Pastu x nampak aku!! Laki2 jugak yg hang nak dulukan.*

Kejadian2: Lepas tu terus Nora pegi Mcd nk tapau food. Beratur bukan main panjang. Cashier tu tanya nora, nak order ke? tentu2 la nak order kan. Makcik ngan pakcik kat depan Nora tu beli byk so tu yg lama tu. Plus budak tu keje lembab ye. Panas tadi x hilang lagi, tambah dengan panas yg baru. So, bile dapat turn Nora, ade pompuan kat tepi Nora nak order. Cashier tu terus amek order pompuan tu. "HELLO!! I DULU KE DIE DULU???". selamba je cashier tu jawab, "tp sy dah tanya die.". Nora apa lagi, jeling cashier tu, terus die ckp"OK KAK OK. AKAK DULU".. Nasib la hang ade otak, klu hang amek jugak order pompuan tu, sia2 hang kene tumbuk ngan aku.(Mmg x dpt nak sabar dah time tu).

Bile balik rumah, mengamuk ngamuk la Nora. Dengan tenang je Jaafar ckp, Allah nak uji awak. Suruh awak banyakkan bersabar. Banyak kan istifar.
Serius Nora sedih oh time marah ni sbb x dpt nak kawal. Xsabar nak tgu family datang weekend ni, so boleh la pegi memanjakan diri kat SPA. Hilangkan stress.


 

Hadith :
Daripada Abu Malik al-Harith bin A`sim al-Asya`ri r.a , katanya, telah bersabda rasul s.a.w , “kesucian zahir dan batin sebahagian daripada iman, ucapan alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah keduanya memenuhi apa yang ada di antara langit dan bumi, sembahyang sebagai cahaya, sedekah pula bukti iman, sabar itu sebagai sinaran, al-Quran itu sebagai bukti untukmu atau atasmu dan setiap manusia dipagi lagi ada yang menjual dirinya ( memelihara diri daripada siksaan Allah) dan ada juga yang membinasakan dirinya sendiri ( tidak ingin keredaan Allah)
Riwayat Muslim
Huraian
1. Hadis ini menerangkan kelebihan darjat dan hikmat mengerjakan amal kebersihan , menunaikan solat, memberi sedekah, bersifat sabar, membaca al-Quran dan membanyakkan tasbih dan tahmid.
2. Tiap-tiap perbuatan itu masing-masingnya memperolehi balasan dari Allah mengikut apa yang dikerjakannya
3. Didalam perjuangan kehidupan, manusia biasanya berhadapan dengan keuntungan dan kerugian atau kemuliaan dan kecelakaan. Ketika berhadapan dengan kerugian atau kecelakaan yang merupakan dugaan bagi manusia, ketika itu hendaklah diterima dan dihadapi dengan penuh kesabaran kerana manusia telah dijanjikan bahawa Allah bersama orang-orang yang sabar.

1 comment:

  1. salam nora..

    minta maaf ganggu..nora bersalin di pusat rawatan islam ar-ridzuan kan?boleh tak saya nak tahu kos bersalin di pusat rawatan yg baru utk normal delivery...terima kasih...

    ReplyDelete