Follow Nora Yahya

Create your own banner at mybannermaker.com!

Friday 18 May 2012

Intisari Surah Yasin

****D jumaat yg mulia Nora nak share apa yg Nora baca dgn korang semua. Semoga apa yg Nora share ni masuk dlm hati Nora dgn mudah & korang pun dapat sama.

Surah Yasin ni surah yg ke-36 dalam Al-Quran dan terdiri atas 83 ayat.

"Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin, Allah S.W.T akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali."

Telah diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah berkata, Sabda Rasulullah S.A.W, "Sesiapa yang membaca Yasin pada waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T, Maka diampunkan dosanya pada malam itu."



Keterangan Ayat 7-11

Di antara orang-orang kafir itu adalah yg sgt ingkar, tidak mahu menerima kebenaran dan tidak memikirkannya,maka tetaplah mereka mendapat seksa, samalah spt orang yg duduk terbelenggu smpai ke dagunya,sehingga kepalanya tertengadah.Maka spt inilah org yg ingkar tidak mahu menundukkan kepalanya untuk terima kebenaran dan tidak mahu menoleh ke kiri dan kanan untuk melihat kebenaran Islam. Umpama spt org dlm penjara, di hadapannya dinding belakang pun dinding,sedangkan matanya ditutup tidak dapat melihat apa-apa pun.

Begitulah orang yang ingkar, tidak mahu melihat tanda-tanda kekuasaan Allah S.W.T, seolah-olah ia terpaku(terpenjara) dalam lembah kebodohan. Org spt ini tidak mahu beriman, sama ada diberi peringatan atau pun tidak. Orang yg mahu beriman ialah org yg mahu menurut Al-Quran dan takut kpd Tuhan.

Keterangan Ayat 65

Pada hari kiamat Allah menutup mulut org2 yg kafir, dan melarang mereka bercakap bagi mempertahankan dirinya. Ketika itu bercakaplah tangan mereka dan menjadi saksi kedua kaki mereka atas segala yang mereka lakukan semasa hidup di dunia.

Keterangan Ayat 69-70

Org kafir mengatakan bahawa Nabi Muhammad itu ahli syair yg menghasilkan ayat Al-Quran. Firman  Allah:Tidaklah kami mengajarkan syair kpd Muhammad, bahkan syair itu tidak layak baginya. Kitab ini tidak lain hanya peringatan dan Al-Quran yang jelas ertinya dan maksudnya sebangai peringatan dan nasihat bagi org2 yg jiwa dan fikirannya hidup, sedang kalimat seksa adalah tetap bg org2 kafir.

Keterangan Ayat 77-80

Tidakkah manusia memperhatikan bahawa Allah menjadikan dia dari air (mani lelaki) yg kotor. Kemudian dia berani membantah Allah, apabila telah dewasa dan berakal,sehingga lupa akan kejadiannya yg asal, lalu bertanya "Siapakah yg dapat menghidupkan  tulang2 yg telah rosak binasa?" katakanlah ya Muhammad, yg dapat menghidupkannya ialah Allah yg menjadikannya sejak mula, sebelum ada seorangpun manusai di atas dunia ini.

Dia yg menjadikan api dan kayu yg hijau(basah) sehingga dapat kamu menyalakan api dengan kayu yg basah itu.

No comments:

Post a Comment