Follow Nora Yahya

Create your own banner at mybannermaker.com!

Friday 25 May 2012

Law Kaana Bainana

1st time dengar dis song masa naik kereta. Jaafar pasang CD lagu ni.Tetiba lak sayu je hati dengar dis song. Tp Nora x phm makna die sbb bhasa arab. Blk je rumah, search youtube, ade lagu ni with lirik.

Liriknya adalah rintihan kerinduan kepada Rasulullah SAW. Semoga ada kebaikan dari lagu ini buat kita. Banyakkanlah berselawat. :)

So, Nora share with semua. Hope u guys hayati lagu ni ok.


Lyrics in Malay.

Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna
,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.
Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Friday 18 May 2012

Intisari Surah Yasin

****D jumaat yg mulia Nora nak share apa yg Nora baca dgn korang semua. Semoga apa yg Nora share ni masuk dlm hati Nora dgn mudah & korang pun dapat sama.

Surah Yasin ni surah yg ke-36 dalam Al-Quran dan terdiri atas 83 ayat.

"Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin, Allah S.W.T akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali."

Telah diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah berkata, Sabda Rasulullah S.A.W, "Sesiapa yang membaca Yasin pada waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T, Maka diampunkan dosanya pada malam itu."



Keterangan Ayat 7-11

Di antara orang-orang kafir itu adalah yg sgt ingkar, tidak mahu menerima kebenaran dan tidak memikirkannya,maka tetaplah mereka mendapat seksa, samalah spt orang yg duduk terbelenggu smpai ke dagunya,sehingga kepalanya tertengadah.Maka spt inilah org yg ingkar tidak mahu menundukkan kepalanya untuk terima kebenaran dan tidak mahu menoleh ke kiri dan kanan untuk melihat kebenaran Islam. Umpama spt org dlm penjara, di hadapannya dinding belakang pun dinding,sedangkan matanya ditutup tidak dapat melihat apa-apa pun.

Begitulah orang yang ingkar, tidak mahu melihat tanda-tanda kekuasaan Allah S.W.T, seolah-olah ia terpaku(terpenjara) dalam lembah kebodohan. Org spt ini tidak mahu beriman, sama ada diberi peringatan atau pun tidak. Orang yg mahu beriman ialah org yg mahu menurut Al-Quran dan takut kpd Tuhan.

Keterangan Ayat 65

Pada hari kiamat Allah menutup mulut org2 yg kafir, dan melarang mereka bercakap bagi mempertahankan dirinya. Ketika itu bercakaplah tangan mereka dan menjadi saksi kedua kaki mereka atas segala yang mereka lakukan semasa hidup di dunia.

Keterangan Ayat 69-70

Org kafir mengatakan bahawa Nabi Muhammad itu ahli syair yg menghasilkan ayat Al-Quran. Firman  Allah:Tidaklah kami mengajarkan syair kpd Muhammad, bahkan syair itu tidak layak baginya. Kitab ini tidak lain hanya peringatan dan Al-Quran yang jelas ertinya dan maksudnya sebangai peringatan dan nasihat bagi org2 yg jiwa dan fikirannya hidup, sedang kalimat seksa adalah tetap bg org2 kafir.

Keterangan Ayat 77-80

Tidakkah manusia memperhatikan bahawa Allah menjadikan dia dari air (mani lelaki) yg kotor. Kemudian dia berani membantah Allah, apabila telah dewasa dan berakal,sehingga lupa akan kejadiannya yg asal, lalu bertanya "Siapakah yg dapat menghidupkan  tulang2 yg telah rosak binasa?" katakanlah ya Muhammad, yg dapat menghidupkannya ialah Allah yg menjadikannya sejak mula, sebelum ada seorangpun manusai di atas dunia ini.

Dia yg menjadikan api dan kayu yg hijau(basah) sehingga dapat kamu menyalakan api dengan kayu yg basah itu.

Thursday 17 May 2012

Goodbye lemak.

Bila kita tgk magazine, tv, kan.. most of them cantik2 kan. Sedar x sedar, mesti ada rasa cam rendah diri. Tidak salah kerana itu fitrah manusia. Tp d mana letaknya kecantikan pada seorang wanita?Bukan pada kecantikan shj. Kecantikan yg hakiki mengikut penilaian ALLAH adalah kecantikan pada akhlaknya. Rasulullah s.a.w pernah menegaskan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.

Jom la kita semua cantik & berakhlak spt Siti Aishah r.a (contoh). Kecantikan tanpa iman akan memusnahkan setiap wanita di muka bumi ini.Macam mana nak cantik?...Aturkan hidup mengikut peratuhan TUHAN. Tingkatkan keimanan. Iman yg tinggi akan sentiasa menampakkan kita cantik melalui perbuatan, dan peribadi kita.

OH tidak!!
Wajah tu ciptaan Allah. Ciptaan Allah tiada yg x cantik. Bersyukurlah. Kita juga perlu usahakan lah yang lain2 tu supaya cantik jugak. (lain2 tu ape eh? cer pikir :-) ) Kepada isteri2/bakal2 isteri kat luar (juga peringatan kpd Nora sendiri), hargailah diri kita. Sayangilah diri kita. Cantikkan diri korang sentiasa supaya x 'sakit mata' orang lain pandang..hheeeheee... Jgn la b4 kawin kan, slim gile.. Dah kawin, ish ish ish... Nama pun suami tu lelaki,suka yang cantik je. hahaha.. kan kan??

Nora penah tanya Jaafar, klu sy gemok awk syg sy x? and normal la, laki akan ckp syg jugak walau gemok. huhuhu.. Klu itu ikhlas dr hati dia, xpe la kan. Tp ikhlas dari hati Nora, biarlah dia x kisah pun pasal Nora gemok ke kurus ke, tp Nora sgt kisah xnak gemok!!  So Nora decide n nekad nak spend duit tuk kekalkan bentuk badan sbb anak kan dah dua :-) dah kembang ye!!! (hari2 tgk cermin tau). Just bayangkan, now pun klu pegi mane2 org akan panggil 'kak'. Klu x jaga badan, nnt org pgl 'makcik' pulak.. :-p



Post kali ni nak share ngan korang semua pasal Premium Beautiful-corset :-) Owh akhirnya, Nora dah ada 1 set untuk Nora. Dulu penah dgr psl PB ni, org ckp mahal. Tp serius, bila baca blog kawan Nora-Kak Na, terus confirm nak beli.hikhik.. Masa tu dah la tgh idamkan BB torch. So korban je la hasrat pakai BB tu. Maybe next time.

Experience pakai PB

Pos Laju smpai je, terus excited keluar amek brg. Hehe.. Masa tu dlm pantang lagi. Terus pakai.Yaallah, ketatnya. Mula2 ingat salah size. Tp berjaya jugak pakai. Bila dah pakai tu, xboleh nak makan banyak. Bg kite rasa kenyang je. Lagi 1, angin mmg banyak sgt keluar. Asyik sendawa je. Kuat pulak tu. hehehe. :-) Time pakai tu tetiba rasa macam berada kat zaman Arwah Saloma. Pinggang jadi ramping sungguh ye & tegap!!!


Now dah hampir sebulan pakai, Nora dah boleh cangkuk kat no 2 punya. Wah, bangga pulak tetiba. Semangat ni nak slim. Eh, tapi kan, PB ni bukan untuk kuruskan badan je tujuan dia. Untuk kesihatan dan kecantikan. Dia boleh lancarkan peredaran darah kita, untuk org yang selalu berguling-guling time period (korang ada ke guling-guling time period??? heehee), sakit tulang belakang,dan mcm2 lagi.


Nnt nora tulis lagi next time ape kebaikan nya. Terbukti tau. Yg kurus pun kena pakai PB ni jugak. Biar ada shape n perut kempis. X la pakai baju nampak lemak d pewut :-p

Anda, anda & anda pulak bila lagi? If interested, boleh la contact Nora tuk tanya apa2 ke. Boleh dapat best price tau. Serendah RM100/month klu nak bayar bulan2.


SMS Nora 012-4784348 atau email Nora kat norasyikinhjyahya@gmail.com

Jom sihat & cantik sesama.

*all pics copy from google.

Wednesday 16 May 2012

Avent PP Feeding Botte

HoHo.. FOR SALE !!


Anak kakak Nora semua guna brand ni. :-) Suggested oleh kak Maya.
So dah beli siap untuk Naufal. Tp sjak lahir, Nora breastfeed dia. Penah guna botol ni sekali je. Tp dia x pandai minum. Botol lagi satu x penah guna pun.

Naufal kene kuning, so kene tahan 3 mlm kat hospital. Ksian dia :-(

Nora pun suruh Jaafar beli breastpump.
Malam2, pump susu then bagi nurse sbb nurse jaga. Jaafar beli brand NUBY :-) Set sekali ngan botol susu. X penah dengar pun brand ni tp Naufal sgt pandai minum guna botol ni. So guna botol ni je la smpai skrg.



So, xtau nak buat ape dgn botol Avent ni Sayang la x guna kan. Membazir je. kan kan???

So Nora post kali ni, mana la tau ade yg nak beli. Nora jual murah je. Harga nora beli RM65.90.
RM65.90 RM45. Berminat nak beli, email Nora k.

norasyikinhjyahya@gmail.com

Product details:

Less fussing, especially at night*
Less colic**
Unsettled and irritable behavior, known as fussing, is by far the most commonly known
crying behavior in babies. Clinical studies show that the AVENT Bottle significantly
reduces colic and fussing. Fussing is reduced especially at night*
Less fussing
• Clinically proven to significantly reduce fussing*
Two piece anti-colic system
• Allows air into the bottle instead of your baby's tummy
To fit your baby's growing needs
• Five different nipple flow rates are available
0% BPA (Bisphenol A Free)
• This bottle is made from PP - a BPA Free material

Monday 14 May 2012

Aku sombong!!

Sombong itu sifat terkutuk. Tapi perlu ada sifat itu dalam setiap diri kita!

Bila sebut "Aku Sombong!!".. apa yg korang rasa?- terasa x mcm orang yg angkuh, belagak,takbur?

Itu la perasaan yang perlu kita ada, yang perlu kita semat ( eceh, bahasa malaysia saya!haha..).dalam hati kita.

Sombong bukan pada diri, bukan pada manusia apatah lagi pada Pencipta kita yang Maha Esa.
Tetapi sombong yang sgt mendalam terhadap Syaitan & hawa nafsu. Syaitan yang tidak pernah tidur & sentiasa akan berusaha & terus berusaha menjatuhkan kita. Mereka jugaklah yg akan menjadikan kita seorang manusia yg x takut pada dosa dan x endah tentang pahala & syurga. Syaitan telah berjanji akan menggoda manusia supaya menjadi 'sahabat' mereka di neraka Jahanam!! Hawa nafsu pula yang sentiasa melalaikan kita supaya kita suka akan 'nikmat' dunia berbanding 'habuan' di syurga.

Jangan mengalah!! Jangan biar Syaitan2 yang keji itu ketawa mengilai-ngilai bila kita termakan dengan hasutan mereka. Jangan biarkan nafsu menguasai akal fikiran kita.

Jom ber'mujahadah' !!
-(berjihad dgn diri sendiri bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu)

Sunday 13 May 2012

Matamu Berdarah

Real Nora tgk depan mata.

Siapa lagi klu bukan Naurah Qu Allysha Binti Jaafar tu..........

Xde keje lain panjat sane sini. Dalam masa 10 saat je hilang dari pandangan. Tgk2 je kepala kat bawah & kaki kat atas. Benda tu jadi sekelip mata. Dia jatuh katil tp x jatuh kuat. Sbb tersangkut kat katil baby. Ingatkan die sakit kepala. Nora pun gosok la kepala.


Tgk2 mata dia berdarah...!!!!waaaaaa....macam dalam gambar ni la..Sedihnya :-(
Terus call Jaafar suh dia balik. Bawak g hospital.Alhamdulillah. x de ape2.Luka just tepi mata. Bukan mata hitam/putih.

Ya Allah, lindungi la anak2 ku.

Thursday 10 May 2012

Bila Manusia Terlalu Taksub

Klu baca post ni jgn la ada yang terasa k. X de kene mengena dgn sesiapa pun ok darling?

Ok, Taksub sama maksudnya dgn Fantastic Fanatik! Bila manusia terlalu taksub, cam ni la jadinya.
Ada yg terlalu taksub dgn FB, Twitter, Games, Politik, dan mcm2 lagi kan. Cuba tanya diri korang, ade x perasaan taksub dlm hati?

Nora jawab "YA!!.. Saya taksub dgn statement ni.. ( X nak Gemookkkk!!! ) " -Walaupun sy ni x la kurus sgt. :-)

Maybe sesetengah orang x kesah pasal statement tu sbb maybe diorang sentiasa kurus. Maybe jugak diorang pegang prinsip "gemoookkk tu seksi ape". Maybe jugak diorang tau diorang x boleh nak kurus sbb genetik diorang dah mmg saiz mcm tu. Maybe jugak PARTNER diorang ckp " xpe gemuk, I tetap syg U ".

Terpulang la kan pada individu ttg pandangan pasal statement Nora tu. Hehehe :-)

Masa Nora mengandung, Nora gemuk. :-( Sgt risau takut x boleh nak turun berat. Tp alhamdulillah lepas beranak Naurah, Nora dpt berat Nora balik. Ni x tau la mcm mane after beranak Naufal ni. Hope sgt2 turun balik berat seperti dulu kala.


Azam untuk turun kan berat badan dgn cara ini:-

   1. Jamu Bersalin Nona Roguy -terbaik oooo...hikhik
   2. Makan dlm kuantiti yg sikit (sy mkn nasi 2 kali sehari. Camne nak kurus ni?)
   3. Menyusu badan
   4. Buat kerja rumah selalu( nak x nak mmg kene buat jugak la kan)..hehehe
   5.Premiun Beautiful Corset. I like dis. Terasa mcm sentiasa slim pulak.hahaha.
   6. Jogging? Gym?. X mungkin tercapai. Sape pulak la nak jaga anak2 sy nnt..






 Pic:Copy from google


Mama sy inspirasi sy supaya sy x gemuk lepas beranak ni. Mama x gemuk tp lately ni dia asyik complain perut buncit, berat naik la.. Ishh ishh ishh.. Umur dah 50++ pun stil risau pasal her body tau. Siap cakap mama nak beli jugak la waist nipper Premium Beautiful tu. Wahh.. Terbaik la.

Ada yang gemuk tp suami tetap sayang <3
Ada yang gemuk tp suami mencari lain sbb katanya "awak x cantik dah & bla bla bla.."
Ada jugak yang kurus pun suami cari lain.. betul x??

Gemuk itu bukan buruk, bukannya hodoh. Saya x bermaksud ke arah itu.
Cuma kita manusia perlu tahu, apa kesan terhadap kegemukan yg melanda? huhu..
Kos hidup tinggi, penyakit, confident level pun down je. Byk lagi la kan.

Pokok pangkal nya Hati. Nasib hidup kita x sape tahu. Takdir Allah S.W.T dah tentukan. Cuma kita merancang yang terbaik untuk diri kita sendiri. Berusaha, berdoa dan tawakal. Jgn terus tawakal je. ..hahaha..

Takdir Itu Indah, kan?

Next, Nora nak cerita pasal Sombong. Kita perlu ada sifat Sombong!!! Nnt Nora story k.


Wednesday 9 May 2012

Pemberian Tuhan. Syukur.

*Sambungan cite dari topic <MENGHITUNG HARI>

31 March


So hari Khamis(29 Mac 2012) Nora pegi la jumpa Dr. Raoofah. Check baru 1 cm. Esok pagi check lagi 2.5cm. So bidan tu cakap, malam tu masuk hospital. Happy gile nak masuk hospital ni. Haha.. Sebab tau mesti esok mesti bersalin.

Sempat lagi pegi dating lepas check tu :-)

Petang tu, sempat lagi Nora, Jj, Mama and kids pegi Jusco baru.  Gara2 sy nak makan sgt NANDO’s..  (maklum r NANDO’s baru bukak kat ipoh ni )hikhik.. dapat gak makan.

Jalan2 beli barang sikit then terus balik. Letihnya dari pagi keluar!! Balik2, mandi, siap2, dalam kul 9.30mlm camtu, sy check-in kat Pusat Perubatan Ar-Ridzuan :-p . Sedihnya 1st time pisah ngan Naurah.


Bidan dah pesan kul 6 pg, dh siap mandi semua, nak pegi Labour Room.
Ok. Dat time mmg Nora dah start nervous.


Masa dh kat labour room tu, bidan tu induce. TIBA2, terus rasa sakit yg makin kuat dan kuat. Masa tu dlm kul 6.40 pg. Jantung baby laju. Baby pun still active tendang2. Afta bidan pecah kan air ketuban, lagi la kuat sakit. On dat time, Jj ada kat tepi . Kejap lepas tu bidan check baru bukak 5cm. So ingt lambat lagi la nak bersalin.  Tp mmg xtahan sakit sgt. Bidan tu cucuk ape ntah nama (ubat bagi tahan sakit). TAPI STILL SAKIT! Hahahaha..

Nora pun cakap kat Jj, lambat lagi nak bersalin, balik la amek mama and Naurah. Dia pun kata ok dan terus keluar kul 7.40pg,
Dalam 5 minit pas dia kuar, Nora cakap kat bidan tu, sakit sgt.!!!!!! Bidan tu pun check. Baby dah nak kuar dia kata. Nurse call Jj tp die x angkat. Dia silent phone masa dlm labour room tu.  Die cl balik hospital and terus patah balik ke Hospital tp yg best nye, die sesat :-p Maklum la, die bukan org ipoh. Salah masuk jalan mane ntah. Hhahaahaha. Time die smpai tu, Nora dah selamat bersalin baby BOY. Syukur, semuanya selamat.



 Kesian Jj. He so excited tau nak tgu anak boy die keluar.

Congrat to Naurah. Dapat adik birthday die yg ke-2. Nnt dapat la sambut same2 tahun2 depan. Insyaallah.

Sempat lagi celebrate b'day Naurah ke hospital.

Tuesday 8 May 2012

Menghitung Hari

** CERITA DARI BLOG LAMA

Menghitung hari. Huh nerves i, tp x sabar sebenarnya nak tunggu baby baru J
Due 16 april ni, tp khamis ni I nak g Ar-Ridzuan jumpa Dr. Raofah just to confirm boleh ke x I bersalin Sabtu ni :-p
Dr. Raofah kata, semuanya Kuasa Tuhan.  Yes, u’re rite Dr.I dah prepare semua. Tinggal nak beranak je. Hope semua nya selamat. Insyaallah. Doakan lah ye.Now I dah masuk 37 weeks JRasa kejang2 perut pun dah ada, urat sane sini asyik nak sakit je.hee… Mama ckp, “Jgn beranak lagi. Tunggu Jaafar balik dulu. Nnt x terkejar maktok ngan cucu cucu cucu ni..”.. Banyak sudah cucu maktok. Kayo kayo!!!
Planning nak induce, tp kalau pintu rahim dah bukak, baru la boleh beranak.. Owh my lil baby, be good tau. Keluarla dengan senang nnt k. Mcm kakak Naurah tau.Kakngah ckp jgn la induce, kesian baby. Kakak pulak, suruh beranak cepat2. Huhu.. Kakak siap bagi tips untuk cepatkan bukaan pintu rahim J .. “hang &%$3(*), hang *64u))*&^, dan mcm2 lagi “.. hikihik.. Thanx for ur concern my sis !!

Klu jadi beranak 31 mac ni, Alhamdulillah la kan. Dapat samakan tarikh lahir kedua anak2 i.. tp klu xdapat pun x pe, tarikh lahir diorg maybe dekat2.. nnt leh celebrate sesame jugak.
Ok nnt I update cerita baby baru ok.  Boy ke Gurl?Muaxx… Daaa….

Keistimewaan seorang Isteri

Renung2kan la~~

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang.... tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga bersama.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) , lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.



"Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu .... namun tak pula aku sanggup ke nerakamu... kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah... jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10 bersama.. semoga bersama kita mendapat manfaatnya... Amin..

copy from http://ibuanak2.blogspot.com/2009/05/hargailah-isteri-anda.html

My New Blog

B4 ni, Nora pakai add ni.. http://norayahya.blogspot.com
Pastu tukar ke http://noraallysha.wordpress.com sbb blog lama tu x boleh nak access x tau nape.. tukar lagi sbb x reti nak guna wordpess tu..huhuhu..

Haaaaa..Ni la blog add baru.. hope x tukar lagi la kan :-)
Menggunakan nama penuh saya http://norasyikinhjyahya.blogspot.com

Jom baca kat bwh ni.. korang setuju x? :-P